Sunday, December 29, 2013

SELAMAT TINGGAL 2013

KLINIK KESIHATAN PENGERANG INGIN MENGUCAPAKAN SELAMAT TINGGAL TAHUN 2013 DAN SELAMAT DATANG  TAHUN 2014
DENGAN INI KAMI WARGA KKP INGIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN DIATAS SEGALA  SILAP SALAH KAMI DAN BERIKRAR AKAN MEMBERIKAN  SERVIS YANG TERBAIK DARI SEMASA KE SEMASA , AKHIR KATA DARI KAMI
TUTUP BUKU LAMA ,BUKA BUKU BARU DAN MULAKAN YANG TERBAIK.
KAMI SEDIA MEMBANTU.

Sunday, November 17, 2013

PELAKSANAAN AMALAN 5S DI KK PENGERANG






selamat datang ke laman web rasmi kk pengerang..kami sekarang sedang komited melaksanakan program 5S.

Friday, October 25, 2013

VISI DAN MISI

Visi & Misi Pejabat Kesihatan Kota Tinggi PDF Print E-mail
VISI
Daerah Kota Tinggi akan menjadi sebuah daerah terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu di sedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran.  Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
MISI
Mewujudkan penglibatan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk:
  • Mencapai sepenuhnya kesihatan mereka yang optimum.
  • Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
  • Mengambil langkah positif, meningkat kan dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

PIAGAM PELANGGAN

UNIT PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
  • 80% Ibu hamil dapat mempunyai paras Hb melebihi 11.0gm% pada 36 minggu kehamilan ( kecuali kes Haemoglobinopathy )
  • 80% ibu hamil dapat didaftarkan difasiliti kesihatan sebelum 12 minggu kehamilan
  • 80% ibu hamil dilakukan lawatan ke rumah sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang kehamilan
  • Memastikan 60% kedatangan kanak-kanak 1 hingga 4 tahun menghadiri klinik mengikut jadual
  • Memastikan 70% bagi berumur 1-2 bulan dirujuk sekali kepada Pegawai Perubatan
  • Memastikan 80% kanak-kanak yang berusia 1 tahun dapat mengekalkan berat badan mengikut 'Standard Deviation' selepas 6 bulan diperkenalkan makanan pelengkap
  • Memastikan 60% kanak-kanak yang mengalami KKB(S) dan telah didaftarkan akan pulihdalam tempoh 6 bulan selepas diberikan intervensi ( Kecuali Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan Berpenyakit Kronik )
  • Memastikan 90% ibu berisiko mengamalkan kaedah perancang keluarga yang dibekalkan selamat dan mengikut arahan
  • Memastikan 80% ibu yang berisiko masih terus mengamalkan perancang keluarga sehingga 2 tahun
UNIT KESIHATAN PRIMER
  • 80% pesakit aktif diabetes mengalami ujian HbA1c setahun sekali
UNIT MAKMAL
  • 90% keputusan ujian makmal yang diminta STAT ( SEGERA ) akan disiapkan dalam masa 45 minit
  • 90% keputusan ujian biochemistry ( Renal Profile, Fasting Lipid Profiledan LFT ) yang diminta disiapkan dalam tempoh 1 minggu bekerja
UNIT FARMASI
  • 100% ubat-ubatan akan didispens selewat-lewatnya dalam tempoh 20 minit selepas penyerahan slip preskripsi oleh pelanggan ( Berdasarkan sampel 100 orang pelanggan seminggu )
  • Peratus preskripsi yang bermasalah / diintervensi tidak melebihi 2,5%

PENGENALAN KLINIK KESIHATAN PENGGERANG

Nama klinik:klinik kesihatan penggerang
Tahun di tubuhkan:1975
Alamat:klinik kesihatan penggerang 81600 daerah kota tinggi johor

PETUGAS:

MO:En Mahzan bin Mazelan
Ketua Jururawat:puan rohaya binti hamzah
PPP:En Zolkiflie bin Abdullah
PPF:En Rosman bin Mohd Shahid
SN 1:Puan Ita rafzika bt Hanafi
SN 2:Puan Zuraini bt Yat Ali
JMK:Puan Senisah bt Semin
JM1 :Puan Norida bt Mat noor
JM2 :Puan Rohani bt Gani
JM3: Puan Suryani bt Mohd Dahlan
PPK:Puan Nafisah bt Legiman
PA   :En Radzali bin Karim

Waktu operasi:    08.00am-05.00pm