Friday, October 25, 2013

PIAGAM PELANGGAN

UNIT PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
  • 80% Ibu hamil dapat mempunyai paras Hb melebihi 11.0gm% pada 36 minggu kehamilan ( kecuali kes Haemoglobinopathy )
  • 80% ibu hamil dapat didaftarkan difasiliti kesihatan sebelum 12 minggu kehamilan
  • 80% ibu hamil dilakukan lawatan ke rumah sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang kehamilan
  • Memastikan 60% kedatangan kanak-kanak 1 hingga 4 tahun menghadiri klinik mengikut jadual
  • Memastikan 70% bagi berumur 1-2 bulan dirujuk sekali kepada Pegawai Perubatan
  • Memastikan 80% kanak-kanak yang berusia 1 tahun dapat mengekalkan berat badan mengikut 'Standard Deviation' selepas 6 bulan diperkenalkan makanan pelengkap
  • Memastikan 60% kanak-kanak yang mengalami KKB(S) dan telah didaftarkan akan pulihdalam tempoh 6 bulan selepas diberikan intervensi ( Kecuali Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan Berpenyakit Kronik )
  • Memastikan 90% ibu berisiko mengamalkan kaedah perancang keluarga yang dibekalkan selamat dan mengikut arahan
  • Memastikan 80% ibu yang berisiko masih terus mengamalkan perancang keluarga sehingga 2 tahun
UNIT KESIHATAN PRIMER
  • 80% pesakit aktif diabetes mengalami ujian HbA1c setahun sekali
UNIT MAKMAL
  • 90% keputusan ujian makmal yang diminta STAT ( SEGERA ) akan disiapkan dalam masa 45 minit
  • 90% keputusan ujian biochemistry ( Renal Profile, Fasting Lipid Profiledan LFT ) yang diminta disiapkan dalam tempoh 1 minggu bekerja
UNIT FARMASI
  • 100% ubat-ubatan akan didispens selewat-lewatnya dalam tempoh 20 minit selepas penyerahan slip preskripsi oleh pelanggan ( Berdasarkan sampel 100 orang pelanggan seminggu )
  • Peratus preskripsi yang bermasalah / diintervensi tidak melebihi 2,5%

No comments:

Post a Comment